layout

teman

Sunday, January 25, 2009



Teman,

Bersaksikan dunia fana yang terbentang luas, camar yang berterbangan bebas ni di udara, kita dipertemukan atas nama sahabat, bermula sapa-menyapa lantas berpanjangan menjadi teman bicara.

Hatiku selalu berbisik....Katanya ...aku tak sanggup kehilangan kau sebagai kawan yang baik, seorang kawan yang menceriakan dunia aku dan seorang kawan yang membuatkan aku selalu terfikir ingin rapat dengan kau.

Tapi aku sendiri diajar untuk mengejar cita-cita lebih dari cinta.

Aku harap suatu masa nanti bila takdir akan mempertemukan kita sekali lagi, aku akan wujud dihadapan kau sebagai gadis yang sempurna dan layak untuk kau sukai dan cintai. Zaman remaja aku begitu bermakna kerana ada kau.

Terima kasih teman, kerana kau, dunia aku yang sepi menjadi sebuah taman permainan dimana didalamnya ramai insan yang serupa dengan kita gembira kerana bahagia.

0 comments:

Powered By Blogger