Aku tidak memahami diri mu
Kata mu aku hanya tahu saja
Tapi tidak pernah untuk memahami
Aku pentingkan diri ku sendiri,
Aku hanya mahu keinginan ku dipenuhi
Tanpa memikirkan kemahuan dan situasi diri mu
Aku yang tak mengerti kenapa, Aku yang tak mengerti mengapa
Tapi tahukah kau bahawa ia
Semuanya berpunca dari diri mu
Kau yang amat ku sanjung
Namun kau yang membuat aku
Terdampar di alam yang aku tak pasti
Kau membiarkan aku mencari sinar
Sinar yang entah di mana
Kau kata begini dan begitu
Tapi adakah kau tahu apa aku rasa
Kau bangga dengan diri mu
Begitu mudah kau menunding jari ke arah aku
Hakikatnya kau sendiri menunding jari ke arah dirimu
Mudah sungguh untuk menuduh
Mudah sungguh untuk membuat telahah
Aku ke yang mulakan dulu
Bukan kau yang
Aku pernah
Sebab aku tahu aku belum bersedia menerima dan memahaminya
Aku berdiam ada sebabnya
Aku hilang ada sebabnya
Ya aku memang tak nak meneruskan
Meneruskan sesuatu perkara yang tak mungkin berlaku
Untuk apa melayari mimpi
Untuk apa mengait buih-buih yang mudah pecah
Untuk apa menjerutkan rasa
Aku tetap aku
Aku tidak berubah walaupun sedetik
Cuma kini masa yang mendewasakan aku
Aku sedar bertapa mimpi
Hanyalah satu permainan
Jiwa insan bukan mimpi
Bila kau lafazkan mimpi
Aku tahu ia bukan lafaz yang kita sama-sama inginkan
Kau sendiri mengajar, Lihat ke hadapan
Usah ditangisi perkara yang lepas
Kini aku sedang meniti kedewasaan yang jitu
Dikelilingi manusia yang berpusu-pusu
Menajah setiap fikiran aku
Cuma aku perlukan sokongan dari mu
Bukan aku untuk membuat pilihan
Antara kau dan sidia
Kerana bagi aku kau dan dia
Dua-dua amat baik untuk diriku
Mengapa perlu mengaitkan dengan pihak ketiga
Dia tak perlu tahu
Ini hal kita, hal kami, hal aku kau dan sidia
Walhal hal ini tak perlu dibesarkan
Aku tidak tahu apa motif kau, tapi terus terang hati ini terpalit

Kita sama-sama ingin memperjuangkan dan memperjudikan nasib kita
Kita seharusnya sama-sama mendaki
Sama-sama berlumba untuk berjaya
Kau sendiri pernah berkata
“Aku tidak mampu, aku tiada apa-apa ”
Seharusnya sekarang kau bangun
Buktikan kau boleh melakukan
Berdikari bangunkan sahsiah diri
Bukan duduk sahaja sambil termenung dan membuaikan diri dalam mimpi
Aku bangun kerana luka
Aku bangun kerana aku dicabar
Aku bangun kerana aku tahu aku boleh melakukannya
Cuma aku berharap kau begitu jua
Abang
Untuk dia terima kasih sebab memahami diri ini
Aku dah baca segalanya
Aku tahu dia aku menyokong aku dalam apa jua keadaan
Insyaallah jika aku perlukan sokongan kau sambutlah tangan aku
Untuk kau
Aku harap kau dapat apa dicitakannya
Mungkin kita tak ada masa depan bersama
Tapi kita ada harapan untuk cita-cita kita
Yuk kita jayakan diri kita baru kita fikir apa yang terjadi
2 comments:
something nice to read.. meaningful
thank you...baca je mana royalti ..kena bayar tau
Post a Comment