layout

Its hurt but its ok....

Monday, December 22, 2008

Hari ni bermula detik aku menjadi bloggers, setelah berapa lama aku melihat memerhati rakan lain membuat bloggers, terasa cemburu. Lalu tekad dihati aku menjadi mengumpul dana membeli laptop yang murah. Alhamdulliah aku dapat. Hajat aku ingin memulakan awal tahun, tapi entah.
Baru-baru ini aku melawat satu website chat yang aku dapat dari satu blog. Aku mula-mula hanya ingin singgah sebentar. Tapi entah bagaiman aku seolah-olah tergam disitu. Aku agak naïf berada disana.

Kelmarin bersamaan tarikh 19th December 2008 aku berkenalan dengan seseorang. Akhirnya aku dapat tahu dimana asalnya chatting tu berada. Tak usah aku memberitahu, sekadar aku terkejut. Agak advance orang melayu sekarang ini. Mungkin ini dunia tiada hujung atau sempadan.

Syg : biarlah dia ikut arus ya HB
Hb : hahaha ya lah sayang
Syg : kita tak boleh jangka dan rancang benda nikan
Syg : tapi kenapa aina ya
Syg : sudenly aina yang HB pilih
Hb : pilih untuk berkenalan tak salah kan
Hb : nnt dah kenal baru la next step kan
Hb : ni abru first step kan
Syg : insyaallah
Syg : cuma aina nak tanya kenapa aina
Hb : saya tak dpt jwb
Hb : seperti ada sesuatu kat aina
Syg : sesuatu
Hb : yg menggamit sya
Syg : tak faham
Hb : nak dgr satu citer tak?
Syg : nak
Hb : ada sepasang suami isteri
Hb : dorang happy
Hb : tapi bila isteri dia tanyer kenapa hubby dia syg hubby dia kata takder sebab
Hb : isteri dia komplen bila kat opis semua kawan2 dia yg lelaki ckp ada sebab syg bini dorang
Hb : ada yg sebab lawa
Hb : ada yg sebab baik
Hb : ada yg sebab pandai masak
Syg : k
Hb : tapi hubby dia still jawab takder alasan isteri dia still tak puas hati
Hb : satu hari isteri dia eksiden teruk, : mungkin lumpuh
Hb : pastu hubby dia duk sebelah katil
Hb : sambil pegang tgn isteri dia yg masih koma
Hb : nak tau aper dia ckp?
Syg : apa dia
Hb : kalau abg syg awak sebab awak cantik sekarang abg patut tinggalkan awak sebab awak dah tak cantik
Hb : kalau abg sayang awak sebab awak pandai masak patut sekarang abg tinggalkan awak sebab awak dah tak bole masak
Hb : kalau abg syg awak sebab keupayaan awak mesti sekarang abg kena tinggalkan awak sebab awak dah tak berupaya
Hb : so awak paham?
Syg : jap nak get through from the top
Hb : ok
Syg : jadi maknanya dia sayang wife dia sebab tak boleh diucapkan dengan kata-kata
Syg : sayang dia tak boleh diukur
Syg : macam tu
Hb : dia sayang sebab dia jujur syang bukan kerana apa2 sebab
Hb : that's true love dear
Hb : tu baru susah sama di harungi
Hb : gembira sama dinikmati
Syg : but its hard to find one rite

Petang tadi hari ini, seperti hari yang membahagiakan. Serius aku katakan aku agak senang berkawan dengan sidia. Walaupun pada mulanya ada sedikit tercalar, tapi sudah diubatkan. Dia janji dengan aku tidak akan melibatkan diri dalam benda-benda yang aku tak suka.

Kata-kata dia diatas memang membuat aku rasa seperti diawang..seperti dikayangan....
Tapi hari ini agak Allah ingin membuka mata aku. Aku sedar dimana aku berpijak. Biarlah orang kata aku ini tidak open minded or else. But this is what my parents thought me. In deed I don’t want to judge or compare him with others because it’s still earlier. But the truth it’s the truth.
Dari tadi aku cuba tidur tapi hingga kini aku tak boleh tidur. Agaknya Allah nak tunjukkan pada aku.
Utk sidia ,
I’m really hurt.
Aina sedih sangat. Aina rasa seperti jiwa aina dicarit. Aina tertipu. Aina suka dimanja oleh awak. Selama 3 hari Aina kenal awak. Aina rasa bahagia. Tetapi awak tipu Aina. Aina tak tahu nak kata apa lagi. Aina tak suka ditipu.
Aina dah penat berkawan dengan lelaki. Aina tak boleh salahkan semua lelaki. Sebab Aina ada ayah ada adik beradik Aina. Tapi dari dulu lagi ramai ambil kesempatan pada Aina. Apa salah Aina.
Aina takut nak kawan dengan lelaki. Dulu Haizal sama. Haizal sayang Aina. 4 tahun berkawan. Ya Aina admit pergaulan kami terbatas. Aina tak seperti wanita lain. Memang kami selalu keluar. Tapi untuk tangan bersentuh atau melebihi dari sepatutnya Aina tak berani. BIar orang kata Aina kolot. Tapi ini diri Aina. Aina ada jejak HRC...Planet... tapi semata-mata kerana ada function bzday kawan Aina...Tapi untuk melebehi dari tahap itu Aina tak berani. Haizal terima.
Tapi Aina jumpa dia dengan orang lain. Alasan diberi....perempuan itu Cuma kawan...Penyedap....Aina adalah pilihan untuk menjadi isteri Haizal..untuk menjadi ibu kepada anak-anak Haizal.......WHAT THE HELL......Aina bukan patung.....Tepat bulan 7th Syawal Aina pulangkan semua barang...Aina tak sanggup dah...
Sejak itu hati Aina memang kering...Apa salah Aina..
Kini awak...baru 3 hari saya kenal awak...memang baru lagi....Aina suka awak...suka cara awak usik Aina..suka cara awak manjakan Aina...walaupun kita tak pernah bersua....Tapi Aina percayakan awak....tapi awak entahlah..... Aina tak reti dah nak ucapkan apa-apa...Tapi rasanya Aina akan tinggalkan tempat ini juga...Aina akan menerima tawaran....
Malam ni Aina menangis lagi....menangis...ketika kata-kata ini dilangkarkan...aina baca Hb ym....Aina dah nekad Hb.....Aina tak layak untuk Hb....Aina budak kampong......
Terima kasih Hb....Aina doakan Hb success dan bahagia...Aina ngaku Aina dah mula sayang pada
Hb...Tp inilah orang kata cinta dia alam maya...macam percaturan bermain catur...
Aina pasrah...
Bye....

2 comments:

badai said...

saya budak kampung jugak....mengharungi dunia ini seorang diri.. di tempat itu saya temui ramai rakan dan sahabat. Tadi kami bertemu. Tiada cerita berkenaan dunia cyber kami cuma cerita realiti. Saya gembira walau cara saya berjumpa mereka mungkin mengejutkan di mata awak. Saya akan terus berada di sana mungkin ya mungkin tidak. Saya bukan Haizal. saya org lain. Haizal 4 tahun bersama dan saya baru 3 hari. Dalam jangka pendek ini terlalu banyak kecaman dan anggapan awak pada saya namun sekelumit pun tidak saya kecam atau anggap awak apa-apa kerana pada saya perkenalan ini baru di lapisan pertama yg tidak pun memberi satu kebenaran atau alasan untuk saya mengadili awak. Awak jangan menangis. Jangan menghukum saya atas kesedihan yang awak lalui. Mungkin saya tak layak duduk bersebelahan awak kerana kekotoran yg dipalit ini tetapi percayalah saya ikhlas berkawan dan berkenal tanpa ada niat tersembunyi. Kalau pun saya perlu menghentikan hasrat di hati namun saya tetap kawan yang pernah awak kenali dan saya sentiasa mengharapkan awak akan bertemu kebahagiaan yang awak cari. Hmm.. kadang2 kita terlalu mencari sesuatu yg sempurna untuk diri namun terlupa kita ini memang tidak sempurna. Sebagai kawan, berilah peluang untuk diri aina. salam

badai said...

Ungu - Cinta Dalam Hati
(List all songs by Ungu)
submitted by esmile88 on 30 Oct 2008 10:26 AM
Total views : 955

Insert Comment Show Comments

* Currently 5.00/5

Rating: 5.0/5 (1 vote cast) Please 'log in' to cast vote.

intro: D G D G
Bm G F#m Bm Em G Gm

D A/C#m Bm A
mungkin ini memang jalan takdirku
Em A
mengagumi tanpa di cintai
D A/C#m C B
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Em Gm
dengan hidupmu, dengan hidupmu

D A/C#m Bm A
telah lama kupendam perasaan itu
Em A
menunggu hatimu menyambut diriku
D A/C#m C B
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Em A
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
D F# Bm
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
A D G
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
F#m Bm Em A
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

D F# Bm
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
A D G
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
F#m Bm Em A
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

interlude: D G Gm F#m Bm Em A

Powered By Blogger